aku bukan orang kenamaan untuk bercakap..aku bukan orang berkuasa untuk memberitahu..aku bukan orang berpengaruh untuk menyuruh..aku bukan orang berpangkat untuk nasihat..
tapi aku tetap mahu bercakap..aku tetap mahu memberitahu..aku tetap mahu menyuruh...aku tetap mahu nasihat..
kerana apa?
kerana aku manusia..kau manusia..kami manusia..kita manusia!
yang kecewa dengan keadaan! yang teliti dengan situasi! yang faham dengan perasaan!
terlalu banyak artikel dan tulisan aku baca..semuanya menghina satu sama lain..semua mengata tak kira siapa..semua mengeji bagai tiada pekerti..semuanya..
aku manusia...kau manusia...kami manusia...kita manusia!!
wahai kaumku..hormatlah..sedarlah..aku juga melayu...ibu bapaku melayu..adikku melayu..kesemua kami melayu...kesemua kita melayu..kita sayang melayu...kita perlu melayu..tak kan melayu hilang di dunia...
tapi ingatlah...
tak salah kalau kita hormat..tak salah kalau kasih..tak salah kalau kita kongsi..tak salah kalau kita beri..
MEREKA bukan baru di sini...MEREKA bukan tadi jejak kaki di sini...MEREKA bukan sesaat berada di sini...
lama..dah lama...MEREKA dah lama di sini...
MEREKA juga lahir di sini..MEREKA juga ada ibu bapa di sini...MEREKA juga ada keluarga di sini...MEREKA juga ada saudara di sini...MEREKA juga ada harta di sini!
anggaplah kita sama..anggaplah mereka keluarga..sedang NABI tak pernah halau, sedang NABI tak pernah paksa kaum lain keluar dari Madinah sewaktu terhasilnya PIAGAM MADINAH...
bukan maksud aku..semua salah KITA..semua salah MELAYU...bukan..bukan itu maksud aku...
tapi aku mahu...kita mulakan...kita rapatkan...kita binakan...kita jalinkan...kita mengaku kita adalah TUAN RUMAH di sini...
jadi..
kalau AKU tuan rumah, kalau KAU tuan rumah, kalau KAMI tuan rumah..kalau KITA tuan rumah...
kitalah perlu mulakan...
bukan perselisihan..tapi perdamaian...
bukan pergaduhan tapi kesepakatan...
bukan pertelingkahan tapi kekeluargaan...
cubalah..kita mampu..
jadikan dunia ini...
lebih baik dari ini..
kerana apa??
aku manusia..kau manusia...kami manusia...kita manusia!!
nukilan,
tulus isi hati,
Ridzuan Azmi....